ni antara lawak2 yg kwn2 sy sempat kongsikan sepanjang cuti ni..
TAJUK Posmen dan SuratSeorang posmen yang datang menghantar surat.” Assalamualaikum “” Walaikumsalam “” Ni rumah encik Sameon ye?” Ya saya”” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Udin disiapkan sarapan pagi bijirin dengan susu oleh ibunya. Udin yang mempunyai aquarium, berjalan ke arah aquarium dengan segenggam bijirin di tangan, berniat memberikan bijirin tersebut untuk makanan ikan-ikan di dalam aquarium. Tepat ketika Udin nak berikan bijirin, ibunya masuk ke ruang makan.Si ibu: “Udin, jangan kamu berikan bijirin itu kepada ikan. Nanti ikan semuanya akan mati”.Dengan wajah pucat Udin menjawab, “Habis tue, kenapa Ibu bagi bijirin ini kepada saya?”.Si ibu: @#^%@^!!]
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”
Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.“Minyak wangi?”“Minyak Wangi Baba.”“Shampoo?”“Shampoo Baba.”Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakahjenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belumpernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Babaitu rakan sebilik saya.”
huhu..semoga pembaca sekalian terhibur..