my blog is basicly sounded like this..


this is about my life, my pride, my happy life, my sad moment, my lovely friend, my experience, my matured-childishness time, my super-fantastic memories, my joy of living in this world, my very weakness, my family, and my cutest stuff....buried in this blog so that i can keep it safe and share it with everyone who kindly want to shared it with me...^^

if anyone love to follow my blog, please to do so...^^

i'm FAT, SWEET, SOFT, and PINK

Selasa, 12 Julai 2011

Jenis Darah

Dalam dunia ni, ada berjuta2 org di dalamnye....tp hanya 4 jenis darah yg ada dlm tubuh bdn manusia...

darah tu adalah A, AB, B, dan O

korg mesti nk tau kn, darah jenis apa yg mengalir dlm badan korg selama ni??
huhuhu..tp bkn sbb nk amik tau je, tp kadang2 kalu dalam kes urgent spt pihak hospital memerlukan darah jenis tertentu dengan kadar segera, korg xyh la nk kalut2 mntak di check lg...btul x??

haa...kalu korg nk tau, bnyk kaedah alternatif yg membolehkan korg mengetahui tentang jenis darah korg...seperti menderma darah, check up kt hospital atau klinik, atau kalu nk senang, tnye la mak atau ayah, ape jnis darah dorg...mungkin sama ngan korg nye darah....



tp walaupun keluarga korg dari jenis "kandung", namun kebarangkalian utk korg same jenis darah agak tipis...ni terjadi kt aku gak la...wlaupun berbeza hanya stahun, tp aku ngan kakak aku lain jenis darah...

kakak aku darah jenis AB, manakala aku berdarah B...that's mean, aku je boleh donate darah aku kt kakak aku, manakala kakak aku xleh bg darah kt aku...(tgk carta di bawah)

as u can see, darah jenis AB hanya boleh menerima, namun xboleh memberi kpd A, B, dan O


sumber - wikipedia




skarang korg dah faham knp aku xleh menerima darah AB??haa...sbb aku adalah dalam kumpulan darah jenis B....

disebabkan darah2 kita berlainan, maka perangai atau kelakuan juga ada perbezaan mengikut jenis darah...nk tau apa ciri2 korg mengikut jenis darah?? tgk bwh ni...

(Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri.)



DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

 
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.


kt sini aku ade jumpe 1 story sket...tgk je la :P
so macam mana?? korg msti excited nk tau jenis darah korg skarang jugak kn???haa ape tunggu lagi, g la check skang...mne tau, bile dah tau, ia dpt memberi kesenangan kt korg bila ada waktu kecemasan nnt...

dan seelok2nya, dermalah darah...it wouldn't hurt a bit... :)

1 ulasan: