my blog is basicly sounded like this..


this is about my life, my pride, my happy life, my sad moment, my lovely friend, my experience, my matured-childishness time, my super-fantastic memories, my joy of living in this world, my very weakness, my family, and my cutest stuff....buried in this blog so that i can keep it safe and share it with everyone who kindly want to shared it with me...^^

if anyone love to follow my blog, please to do so...^^

i'm FAT, SWEET, SOFT, and PINK

Isnin, 24 Februari 2014

Checklist Perkahwinan for Newbies

Bismillah..

hehehe orait, untuk entry kali ni, aku nak citer sikit mengenai persiapan yang korang perlukan untuk melangkah ke pintu gerbang perkahwinan....

auwww soooo sweeet gitu~~



hehe kalau nak citer satu2 secara detail memang tak muat la satu dua page...so aku akan citer secara ringkas about what to do if korang dah buat keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat ni, atau at least baru merancang untuk berkahwin bersama pasangan masing2....

di sini aku senaraikan perkara2 paling penting dalam perancangan perkahwinan...which is senarai semak la...lets check it out yoo~~

1.  Daftar kursus kahwin. Perkara pertama yang perlu dilakukan.  Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur.
2.  Tentukan tarikh (nikah dan sanding). Perkara ini amat penting.
3.  Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan. Segala butir-butir atau keterangan yang berkaitan perlu diisi dan buat semakkan akhir sebelum menyerahkan borang dan dokumen yang berkaitan. Kesilapan mengisi akan mengeruhkan keadaan. Untuk orang Selangor macam aku ni, korang perlu ambil borang 2C dan 2D (borang utk pihak perempuan) di laman web JAIS.
4.  Pilih tema majlis kahwin. Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu dengan tema perkahwinan yang disediakan majilis perkahwinan akan lebih meriah.
5.  Buat ujian saringan HIV untuk pra perkahwinan. Perkara wajib dibuat. Pemeriksaan yang dijalankan akan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Salah satu daripada berlakunya penceraian awal adalah kerana masalah ketulusan hati. Ketahuilah awal-awal kesihatan pasangan anda masing-masing. Selain daripada mengetahui tahap kesihatan masing-masing, disinilah ujian terbesar sebelum perkahwinan anda. Perlu diingatkan, korang perlu buat ujian saringan HIV ni di Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA. Klinik swasta tidak akan diterima hokey. Ala, kejap je pun. Tak sampai setengah jam pun (aku buat di KK Bt.14 dan sangat2 laju nurse tu buat kerja...sangat berpuas hati dengan service diorang!)
6.  Beli barang-barang hantaran. Dengan checklist yang ada pembelian akan lebih teratur, jimat masa serta perbelanjaan ke atas perkara ini dapat dijimatkan.
7.  Beli souvenir, goodies untuk tetamu dan bunga telur. 
8.  Beli alat-alat untuk gubahan barang hantaran
9.  Tempah juru nikah atau tok kadi. Perlu dibuat awal. Ini membolehkan si jurunikah atau tok kadi dapat membuat perancangan masa beliau sendiri. Supaya doa majilis perkahwinan dapat disediakan nanti.
 10.  Tetamu yang akan dijemput. Senaraikan para  tetamu yang perlu dijemput. Ini akan memudahkan bajet perkahwinan berikut dibuat.
11.  Kad jemputan. Tempah perkara ini dari awal. Design kad perkahwinan perlu dibuat atas perbincangan dan persetujuan kedua belah pihak. Dengan nasihat Designer pastinya kad yang dihasilkan akan memuaskan hati semua pihak.
12.  Gubah barang-barang hantaran. Supaya ianya nampak kemas.
13.  Tempah pelamin.
14.  Juru solek atau mak andam. Tempahlah awal-awal supaya mereka akan masukkan anda dalam senarai time management mereka.
 15.  Pilih busana pengantin. Perkara paling aku sukar nak buat keputusan. Sebab baju yang ada di butik2 tu semuanya cantik2 belaka. Hope korang bukan macam aku yek~
16.  Tempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain)  serta kanopi
17.  Tempah juru kamera dan / atau juru video
18.  Tempah khidmat catering atau beli barang-barang untuk kenduri kawin (beras, daging, ayam dan lain-lain)  untuk majlis perkahwinan anda.
19.  Dekorasi meja makan beradap (sekali dengan menu hidangan)
20.  Tempah kompang, silat gayung ker, marhaban, tarian atau band.
21.  Banting atau signage. Buat perkara ini jika dirasakan perlu.

orait...amacam?? best tak?? yang paling penting, mesti kena make sure betul2 dulu dalam membuat keputusan untuk berkahwin...jangan fikir, orang kawin, korang pun nak kahwin gak....tak best la macam tu....
dan yang paling banyak berbelanja, of course la mak ayah kita, dan bakal pengantin lelaki...bakal pengantin perempuan boleh tolong...tak de masalah pun....yang penting, selesaikan perihal borang2 penting yang perlu diisi dan pengesahan mengenai borang2 tersebut....which is aku masih dalam proses melengkapkannya...wihihihi~~ (susah nak buat dah coz dah masuk blajar balik..)

setakat ni, aku dah buat apa yang aku dah highlight kat atas tu...ada lagi yang tak siap....sebab kami buat keputusan pun masa hujung bulan Januari (2014) aritu...so kelam kabut jugak la jadinya...harap2 segala urusan kami dipermudahkan dan diberkatiNya...aminn...

Insyaallah kalau tiada halangan, 17 April 2014 aku akan bergelar isteri...huhuhu~~

dan majlisnya insyaallah pada 26 April 2014 bersamaan dengan 26 Jamadilakhir 1435h....save the date yee~~

Jumaat, 14 Februari 2014

Short Film - Sis Loy - Si Ketua Samseng

Bismillah...

before aku start menulis ni, jangan pulak dok pelik...filem?? hehehe...filem yang aku maksudkan merupakan projek akhir untuk paper tahun 3 yang kami ambil, sewaktu kami baru tahun kedua...hehehe saje tak mau ambik paper minor dulu...so nak cukupkan jam kredit yang kekosongan, kami penuhkan dengan paper tahun 3....

paper yang aku maksudkan ialah paper Filem Cereka, di bawah kelolaan Dr.Azalan Shah sebagai pensyarah yang bertanggungjawab mengajar kami...

paper ni kami perlu buat 5 short film, dan tak ada final paper...so tak la beban sangat lepas penat habis shooting...hehehe

kami dibahagikan kepada dua kumpulan...kumpulan pertama perlu buat 3 short film iaitu Inspektor Petonah (funny), Seram Kampus (thriller), dan Bomoh (funny), manakala kumpulan kedua perlu buat 2 short film iaitu After the Storm (romantic/sad), dan Bunga (romantic/mystery)


dan dalam banyak2 short film ni, aku paling suka citer Inspektor Petonah...hehehe...sebab ape??sebab aku ada berlakon dalam citer tu...huhuhu <3 p="">

aku taknak citer pasal short film tu...just nak bagitau watak/peranan aku dalam citer yang menarik ni je...hehehe...

aku sebagai Sis Loy, ketua samseng dalam Kampung Sungai Rambai...punyai dua orang anak buah yang penakut tapi konon-kononnya tough...huhuhu

Bos (ketua samseng) sampai

Bos buli budak sekolah

Inspektor Petonah menyelamatkan budak sekolah tersebut namun dicabar Sis Loy utk berlawan dengannya

Sis Loy tumpas dengan Inspektor Petonah dan ditinggalkan anak buah
amacam...cool tak??hahaha serius lawak tengok muka sendiri dalam citer ni....wahaha....dan aku banyak mengilai~~~~ macam ape tah dalam citer ni...huhuhu...hilang kejap sifat keayuan aku...huhu

tapi yang nak highlight dalam citer ni bukanlah aku...tapi Inspektor Petonah tu...cuma dalam blog ni je la kita sembang sal aku yek....hehe

kalau nak tengok penuh citer ni, boleh direct tanya kat Syazwan Husaini...dia director merangkap script writer citer ni....hehehe..

yang best pasal movie ni, seluruh member kelas aku terlibat jadi pelakonnya.... kalau rindu diorang, boleh ulang tengok balik citer ni....hehehe <3 p="">


ohh~~ selain jadi pelakon, aku jadi assistant cameraman (kejap2...hehe) dan storyboarder....keh3..dan pengambaran filem ni kat Kg.Sg Rambai (Melaka)...awesome kan?

Rabu, 12 Februari 2014

Blog berwajah baru

Bismillah...

okey...aku tak sangka pulak ada yang baca blog aku.....!!! 

which is aku sangat2 rasa terharu dan feel good2 dengan korang yang sudi membaca benda-benda alah ni...hehe..


so dah alang-alang aku check balik blog aku ni, pehhh....bersawang..bosan dan old school...dengan segala macam link aku nak letak...macam tin sardin pun ada....

so aku buat keputusan untuk korbankan waktu tidur tengahari aku jap untuk organize/tukar layout design bagai untuk jadikan blog aku lebih simple mimple je...takyah nak berlink2 bagai...hehehe

boleh tarik perhatian pengunjung lain pulak nanti...wehehehe~~

so thank you coz baca blog aku...nak kasi hadiah sikit..



Entry bertarikh 13 Feb 2014

Nervous...nervous...nervously scary...

Bismillah...

Entry terbaru (13 Feb 2014)

Nervous bab pertama


pejam celik pejam celik dah masuk pulak semester baru....ada la kurang dalam 3 hari lg aku akan berangkat ke UM balik...hehe...nervous pulak bila tengok subjek baru...ye la..takut pointer turun lagi....adehh..



Alhamdulillah sbb aku masih diberi peluang untuk menikmati hidup di kolej kediaman kelima (Dayasari) yang kucintai...kebetulan pulak masa tahun 80-90an dulu, pakcik aku pernah jadi penghuni kolej kelima ni...huhuhu bangganya rasa...aku tau pun sebab masa aku kemas-kemas almari dekat kampung (2 minggu lepas), aku terjumpa banyak piala kolej kelima...huhu..mantap!

tp bila tengok balik, subjek untuk semester ni macam best je...sebab ada produksi TV, photojournalism, dan seangkatan dengannya...tapi still nervous sebab lecturer ada yang dah tukar...hehe..

dan kurang dari 4 bulan je lagi aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester tahun ke-2...aku harap aku boleh tingkatkan pointer aku yang ibarat roller coaster ni...cuma roller coaster ni jenis yang menjunam ke bawah la...hehe...



Nervous bab kedua...omooo >_<


aku ni bukan la jenis yang cepat nervous..tapi untuk tahun ni banyak betul benda yang membuatkan aku rasa nervous tak pasal-pasal....hehe....untuk nervous bab kedua ni, aku bukan nervous hal kecik-kecik...sebab tak lama lagi, aku akan berkahwin....huhuhu...alhamdulillah syukur...



tapi aku baru bagitau sorang je kawan aku (kebetulan jumpa dia tengah cuti semester kat KL aritu)...yang lain aku nervous dan nervous nak bagitau...rasa macam tak ready lg je...tapi rasa macam dah ready pun ada...huhuhu (mana satu pun aku dah tak paham...)

yang penting, wajib settle kan bab-bab yang penting macam borang A sampai Z dulu, siapkan hantaran, kad undangan dan hal-hal yang berkaitan dulu, baru bagitau kawan-kawan...deal? (nasib la sapa yang baca entry ni, dapat la tau awal sikit..hehe)

dan yang penting, aku takkan lupa jemput kawan2 UM, Politeknik, Teknik dan lecturer-lecturer yang kenal ngan aku.. so don't worry ok...korang akan dapat merasa nasik minyak aku...insyaallah...hehehe

nanti kalau ada masa aku akan update senarai semak (to do list) perkahwinan yang aku rujuk di internet..hehehe....boleh la jadi panduan untuk aku nanti.. 


choww dulu >3<