Bismillah...
Tahun 2014...tahun yang agak ganjil walaupun bernombor genap...hehe
sebab apa?
sebab pertama,
aku dapat rasakan tahun ni, musim panas di negara kita (Malaysia) sangat sangat sangat sangat dan tersangat sangatlah panas....
kenapa aku cakap macam tu? sebab memang macam tu la...huhu
pagi panas, tengahari panas, petang lagi la panas, malam tersangatlah panas....pendek kata, (panjang diam je) musim panas yang selama ni tak la berapa panas, menjadi sangat panas...
bayangkan, malam-malam, lepas mandi pun boleh berpeluh2 balik...dah bukak tingkap, dah pasang kipas sampai 3 buah, pun tak dapat nak hilangkan kepanasan musim panas ni....
maybe bagi negara-negara lain tak teruk macam ni, atau lebih teruk daripada ni, aku pun tak pasti, tapi panasnya tahun ni memang luar biasa sikit...
sumber - google images |
sebab kedua,
tahun ni, semakin aku perhati, semakin ramai manusia yang menjadikan facebook sebagai platform untuk menabur fitnah...
sumber - google images |
walaupun bukan start tahun ni, tapi semakin lama manusia semakin mudah percaya dengan khabar angin yang disiarkan di facebook....
terlalu banyak isu yang melibatkan perkara yang besar telah disebarkan tanpa usul periksa atau dengan kata lain, telah di"share" dengan hebatnya tanpa sebarang kesahihan terlebih dahulu...
dahsyat kan? (sebab tu ada ayat yang menyebut - fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh)
sumber -facebook |
sebab ketiga,
berkenaan isu yang paling hangat di negara kita setakat ni, iaitu berita mengenai pesawat MH370 yang menjadi buah mulut masyarakat, bukan sahaja di Malaysia, namun seantereo dunia...
misteri kehilangan pesawat tersebut sangat-sangat menjadi perhatian dunia kerana perkara tersebut dah tiga hari berlaku, namun masih tidak dijumpai (still missing in action)...
pelik bukan?
sumber - facebook |
tapi
aku masih bersyukur kerana walaupun banyak perkara telah berlaku, namun agama kita mendidik kita supaya belajar untuk redha...sentiasa percaya kepadaNya...sentiasa ingatiNya, dan sentiasa percaya bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya...
yang paling penting, bersabar dan banyak2 berdoa...Allah uji kita supaya kita sentiasa ingat kepadaNya...kesenangan yang diberi hanya melalaikan manusia....Allah rindukan suara pertolongan hambaNya... :')
sumber - facebook |
Mari sama-sama kita doakan MH370 kembali dengan selamat....