my blog is basicly sounded like this..


this is about my life, my pride, my happy life, my sad moment, my lovely friend, my experience, my matured-childishness time, my super-fantastic memories, my joy of living in this world, my very weakness, my family, and my cutest stuff....buried in this blog so that i can keep it safe and share it with everyone who kindly want to shared it with me...^^

if anyone love to follow my blog, please to do so...^^

i'm FAT, SWEET, SOFT, and PINK

Khamis, 16 April 2015

APA ITU TTC ??

Bismillah....Assalamualaikum semua...sihat tak?? hhe dah lama tak update citer terbaru....

ye la kan...sejak dah bergelar isteri ni, dah jadi pemalas nak online2 ni....kalau bukak facebook pun scroll up down up down je...

so untuk entry terbaru ni, aku nak citer sikit mengenai ttc...

APA ITU TTC?

TTC means TRYING TO CONCEIVE @ dalam bahasa melayunya CUBA UNTUK MENGANDUNG..

so basically aku sekarang dah termasuk dalam golongan orang-orang yang TTC la....so far, aku belum ada apa-apa tanda lagi yang menyatakan bahawa aku ni mengandung...so aku masih dalam team TTC....

kenapa aku cakap team? sebab bukan aku saja yang belum ada anak...ramai lagi pasangan yang sudah berkahwin yang masih belum ada rezeki untuk mendapatkan anak...

dan sememangnya pasangan2 yang masih TTC macam aku ni, berada dalam keadaan dilema....dilema macam mana tu? 

DILEMA 1. tak tahu mana satu yang bermasalah, sama ada aku (isteri) atau suami....kalau ada masalah, macam mana nak buat??? betul ke kami ada masalah? entah2 masih belum ada rezeki je...

DILEMA 2. orang di sekeliling mula bertanya "bila nak ada anak ni?" naik muak aku...korang ingat aku boleh agak ke bila aku akan dapat anak? 

DILEMA 3. mak selalu ajak pergi rumah cousin yang baru ada baby baru..frustnye..!!

DILEMA 4. kalau aku pening kepala sikit, loya tekak sikit, teringin nak makan something, suami aku assume yang aku pregnant....tapi bila buat UPT, negative... :(

ok la....aku sebagai isteri dan manusia, perlu redha je dengan keadaan ni....mak aku pun faham, sebab dia dapat anak pertama pun selepas 4 tahun berkahwin dengan ayah aku...so aku yang baru tahun pertama berkahwin ni, perlulah BERSABAR...

so aku nak senaraikan apa usaha kami laki bini telah buat sepanjang menjadi team TTC ni. Antaranya termasuklah :

1) PROVERA - pada 11 jun 2014 yang lepas, aku berjumpa dengan pakar O&G dan doc kata aku ada PCOS iaitu polycystic ovary syndrome...so doc bagi aku ubat utk lancarkan darah haid aku...sebab period aku tak turun dah dekat nak setahun...lepas makan ubat tu dalam masa 5 hari, hari ke-7 aku period macam biasa (10 hari)...

sumber : google


2) BCP - dah tiga bulan aku tunggu mana pergi period aku sejak hujung bulan jun 2014 aritu...frust aku...mula-mula doc kata kalau tak datang period dalam masa 3 bulan baru jumpa dia balik...tapi aku malas nak jumpa dah...sebab dah la lama nak tunggu giliran kt PPUM tu...pastu doc lelaki plak tu...segan aku nak bagi dia check2 aku punya tutt...hehe...so aku google info mengenai ubat apa yang sesuai untuk turunkan/ lancarkan darah haid aku....so aku search n search,,,,ramai yang suggest BCP (birth control pill)...mula-mula aku musykil jugak...tapi suami aku cakap 'xpela...kita pulihkan dulu period awak tu, baru pikir sal nak dapat baby'...so aku pun beli la....selama 28 hari aku makan....lepas je abis kesemua 28 biji pil tu, aku period selama 10 hari....

sumber : google


3) HABATUSSAUDA LISTRA NUDERM - lepas aku makan BCP, aku still tak pregnant...suami aku pernah promote satu ubat ni...habatussauda listra nuderm....dia kata ramai yang consume ubat tu boleh pregnant...PCOS aku pun boleh dirawat dengan habatussauda....so aku pun try la...selama sebulan start 27 September 2014 sampai awal bulan Disember 2014....sminggu pertama aku makan, aku period....

promote Habatussauda Listra Nuderm sket...hehe


kiranya dalam 7 bulan aku kahwin tu, aku baru period 3 kali...itu pun dengan bantuan pil2 yang aku makan...lepas ubat habatussauda tu dah habis, aku dah tak beli lagi....
so lepas habis period pada bulan disember tu, aku beli UPT (dah naik segan dengan pharmacist kat kedai tu...asik muka aku je beli UPT) dan hasilnya....still nothing....1 line je.....so aku pun apa lagi....mampu menangis je la dalam bilik air tu....tengok 1 line....

frustrated tgk mende alah ni... :(


3) KURMA - bulan januari 2015 merupakan bulan peperiksaan utk aku...so aku malas nak consume apa-apa ubat, melainkan ilmu...(cewahh...)...so aku pun tak banyak pikir sangat mengenai TTC ni....tapi still berdoa tak putus-putus...sebab suami aku tak sabar nak tengok bini dia ni kembung perut (pregnant la)...after exam, aku ada cuti semester selama 3 minggu, dan aktiviti yang aku buat kat rumah adalah mengemas-tengok tv-jaga sufi (anak buah)-makan....pastu kuliah aku start 23 februari n mak mertua aku masih kat kampung lepas kenduri cousin suami aku kat kelantan...pastu masa aku kemas-kemas peti ais rumah gombak, aku jumpa kurma...aku pun apa lagi, ambik kurma, selawat dan Bismillah, terus om-nom-nom la...hehe sedap sampai berbijik2 la aku makan...pastu aku sakit perut...sampai ke malam....maghrib sebelum nak solat, aku period....wow...dengan kurma je pun aku boleh period...makanan sunnah kan...walaupun suami aku agak kecewa sebab aku period, instead of pregnant, tapi dia still bersyukur tgk isteri dia sihat...hehe...tapi yang peliknya, kali ni period aku datang sangat banyak....selama 17 hari...daripada 27 februari sampai 15 mac 2015...



4) HABATUSSAUDA LISTRA NUDERM dan HI GOAT - kali ni aku nak cuba lagi makan pil habatussauda listra...bukan susah pun nak dapat...agennya pun senang nak uruskan hal penghantaran dan sangat efisien...cuma kali ni mahal sikit sbb dah kena GST....hmm..xpela mahal sikit, untuk team TTC macam aku ni, memang aku tak peduli...hehe janji ada usaha tu...so setakat ni, aku dah consume bermula 14 april yang lepas, dan baru 2 hari aku consume....hari ni pulak, aku terjumpa HI GOAT kat supermarket, dan decide nak try minum dengan kurma (aku terbaca satu artikel -resepi utk hamil - blend segenggam kurma dengan susu kambing) untuk bantu kesuburan aku..esok boleh bagi suami aku minum sekali lepas dia habis kursus, memandangkan dah 3 hari tak jumpa, so aku nak dia minum sekali dengan aku...hehehe...

 


kebetulan esok merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang pertama....harap2 ada la surprise utk aku...kikikiiii....aku doakan semoga suamiku panjang umur, dimurahkan rezeki, dan kami memperoleh zuriat dengan usaha-usaha yang kami lakukan...insyaallah,,,



kepada team TTC yang lain, kita jangan mudah putus asa....Allah mendengar setiap rintihan hamba-Nya...kita usaha sama-sama OK..?