dalam entry kali ni
aku nk gtau latar belakang mengenai SUGAR GLIDER...
dalam catatan wikipedia, sugar glider ni (suggie) berasal dari negara timur dan utara tanah besar Australia, New Guinea dan Indonesia...
suggie ni boleh dijumpai di mana2 hutan di sana, di mana jika terdapat sumber bekalan makanan mereka, namun yg biasa ditemui adalah di hutan pokok yg berkayu putih...
mereka adalah haiwan malam (nocturnal), bermakna mereka tidur di dalam sarang mereka pada waktu siang dan aktif pada waktu malam
suggie ni adalah omnivor, jadi mereka memburu serangga pada waktu malam, makan sap manis (sweet sap) pada pokok kayu putih, acacia dan gum tree...(xdpt nk terjemah..hehe)
mereka digelar SUGAR GLIDER kerana mereka sangat suka makan makanan yg manis2, dan berkeupayaan meluncur ke udara, dari pokok ke pokok, samalah seperti flying squirrel atau tupai terbang...
kebanyakan org menganggap bahawa suggie ini adalah tupai terbang, namun ia berbeza dari segi rupa, perangai dan pemakanan...kesilapan inilah seringkali menimbulkan kemarahan atau perselisihan di antara pencinta2 suggie dgn pemberi maklumat yg salah 2...hurmmm...
kalu kite tersalah anggap, maka kita boleh menyiksa suggie itu sendiri..malah boleh mendatangkan kematian jika kita salah menjaga haiwan exotic tersebut..
suggie ni hidup secara berkumpulan, maka jika kita nak menjadikan suggie ni haiwan peliharaan kita, kita mesti menjadi peneman mereka, bermain dgn mereka...ada kes kematian melibatkan suggie kerana terseksa kesunyian.. :(
jika di dalam habitat, mereka hidup di dalam pokok yg ada lubang...tp jika dalam jagaan kita, suggie perlu ada pouch bed utk die tdo...sangkar suggie plak msti tinggi dan besar...org putih kate "the bigger, the better"...tp make sure sangkar tersebut confortable utk suggie..
suggie ni ala2 "kangaroo kecik" la sbb female suggie ade poket atau kantung dipusatnye. tujuannye samalah dgn kangaroo, utk simpan anak2nya yg bru dilahirkan...anak2 tersebut dipanggil joey...biasenye joey ni lahir double atau single utk sekali breed...
kalau nk tahu lebih lanjut mengenai suggie ni, sila check blog ni : http://suggies101.blogspot.com/
terima kasih atas tunjuk yg diberi, kredit to cik Madihah Maruan :)
next entry aku akan post berkenaan ngan suggie aku yg bernama Mocha :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan