Bismillah..
hehehe orait, untuk entry kali ni, aku nak citer sikit mengenai persiapan yang korang perlukan untuk melangkah ke pintu gerbang perkahwinan....
auwww soooo sweeet gitu~~
hehe kalau nak citer satu2 secara detail memang tak muat la satu dua page...so aku akan citer secara ringkas about what to do if korang dah buat keputusan untuk berkahwin dalam masa terdekat ni, atau at least baru merancang untuk berkahwin bersama pasangan masing2....
di sini aku senaraikan perkara2 paling penting dalam perancangan perkahwinan...which is senarai semak la...lets check it out yoo~~
1. Daftar kursus kahwin. Perkara pertama yang perlu dilakukan. Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur.
2. Tentukan tarikh (nikah dan sanding). Perkara ini amat penting.
3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan. Segala butir-butir atau keterangan yang berkaitan perlu diisi dan buat semakkan akhir sebelum menyerahkan borang dan dokumen yang berkaitan. Kesilapan mengisi akan mengeruhkan keadaan. Untuk orang Selangor macam aku ni, korang perlu ambil borang 2C dan 2D (borang utk pihak perempuan) di laman web JAIS.
4. Pilih tema majlis kahwin. Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu dengan tema perkahwinan yang disediakan majilis perkahwinan akan lebih meriah.
5. Buat ujian saringan HIV untuk pra perkahwinan. Perkara wajib dibuat. Pemeriksaan yang dijalankan akan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Salah satu daripada berlakunya penceraian awal adalah kerana masalah ketulusan hati. Ketahuilah awal-awal kesihatan pasangan anda masing-masing. Selain daripada mengetahui tahap kesihatan masing-masing, disinilah ujian terbesar sebelum perkahwinan anda. Perlu diingatkan, korang perlu buat ujian saringan HIV ni di Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA. Klinik swasta tidak akan diterima hokey. Ala, kejap je pun. Tak sampai setengah jam pun (aku buat di KK Bt.14 dan sangat2 laju nurse tu buat kerja...sangat berpuas hati dengan service diorang!)
6. Beli barang-barang hantaran. Dengan checklist yang ada pembelian akan lebih teratur, jimat masa serta perbelanjaan ke atas perkara ini dapat dijimatkan.
7. Beli souvenir, goodies untuk tetamu dan bunga telur.
8. Beli alat-alat untuk gubahan barang hantaran
9. Tempah juru nikah atau tok kadi. Perlu dibuat awal. Ini membolehkan si jurunikah atau tok kadi dapat membuat perancangan masa beliau sendiri. Supaya doa majilis perkahwinan dapat disediakan nanti.
10. Tetamu yang akan dijemput. Senaraikan para tetamu yang perlu dijemput. Ini akan memudahkan bajet perkahwinan berikut dibuat.
11. Kad jemputan. Tempah perkara ini dari awal. Design kad perkahwinan perlu dibuat atas perbincangan dan persetujuan kedua belah pihak. Dengan nasihat Designer pastinya kad yang dihasilkan akan memuaskan hati semua pihak.
12. Gubah barang-barang hantaran. Supaya ianya nampak kemas.
13. Tempah pelamin.
14. Juru solek atau mak andam. Tempahlah awal-awal supaya mereka akan masukkan anda dalam senarai time management mereka.
15. Pilih busana pengantin. Perkara paling aku sukar nak buat keputusan. Sebab baju yang ada di butik2 tu semuanya cantik2 belaka. Hope korang bukan macam aku yek~
16. Tempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain) serta kanopi
17. Tempah juru kamera dan / atau juru video
18. Tempah khidmat catering atau beli barang-barang untuk kenduri kawin (beras, daging, ayam dan lain-lain) untuk majlis perkahwinan anda.
19. Dekorasi meja makan beradap (sekali dengan menu hidangan)
20. Tempah kompang, silat gayung ker, marhaban, tarian atau band.
21. Banting atau signage. Buat perkara ini jika dirasakan perlu.
orait...amacam?? best tak?? yang paling penting, mesti kena make sure betul2 dulu dalam membuat keputusan untuk berkahwin...jangan fikir, orang kawin, korang pun nak kahwin gak....tak best la macam tu....
dan yang paling banyak berbelanja, of course la mak ayah kita, dan bakal pengantin lelaki...bakal pengantin perempuan boleh tolong...tak de masalah pun....yang penting, selesaikan perihal borang2 penting yang perlu diisi dan pengesahan mengenai borang2 tersebut....which is aku masih dalam proses melengkapkannya...wihihihi~~ (susah nak buat dah coz dah masuk blajar balik..)
setakat ni, aku dah buat apa yang aku dah highlight kat atas tu...ada lagi yang tak siap....sebab kami buat keputusan pun masa hujung bulan Januari (2014) aritu...so kelam kabut jugak la jadinya...harap2 segala urusan kami dipermudahkan dan diberkatiNya...aminn...
Insyaallah kalau tiada halangan, 17 April 2014 aku akan bergelar isteri...huhuhu~~
dan majlisnya insyaallah pada 26 April 2014 bersamaan dengan 26 Jamadilakhir 1435h....save the date yee~~