my blog is basicly sounded like this..


this is about my life, my pride, my happy life, my sad moment, my lovely friend, my experience, my matured-childishness time, my super-fantastic memories, my joy of living in this world, my very weakness, my family, and my cutest stuff....buried in this blog so that i can keep it safe and share it with everyone who kindly want to shared it with me...^^

if anyone love to follow my blog, please to do so...^^

i'm FAT, SWEET, SOFT, and PINK

Isnin, 1 September 2014

Me new lovely life...Now vs Then

Bismillah...

Assalamualaikum semua.... hehehe sejak dah kawin ni malas sangat nak update blog....sampai lupa guna email apa untuk log in blog ni...huhu

so for this special entry, aku nak story sikit pasal kehidupan aku sebagai isteri / wife / sayang / bini / lowpo, chag ya, (dan sewaktu dengannya) kepada Mr. Kulat...

Awww~~ sweet gitu.... (pfffftt...)

my story begin with a letter B... (why not A?) hehehe...

B for Blessing, dan Bahagia... <3 p="">

Gambar kawin kami... ^^


My mental (dalaman) berubah totally ke arah positif, dan aku bahagia sentiasa.... pewiitt~~

But not only mental aku je yang berubah lepas dah kawin ni....aktiviti harian / time management aku juga 100% totally berubah lepas aku dah kawin....

untuk tahu lebih lanjut, meh aku story morry strawberry sikit...

1. Masa makan

Sebelum kawin : Semua orang ada waktu makan sendiri, sama ada sedar ataupun tidak je....aku pun ada waktu makan aku....start with lunch, dan dinner...itu je time makan aku...lunch dan dinner...xde nye nak breakfast, tea time, supper bagai....itu pun kalau aku ada kelas (kat UM)..kalau xde kelas, jangan harap la aku nak makan dua kali....mesti sekali je...itu pun melantak meggi...hehehe...

Sumber : Google


Selepas kawin : Bila dah kawin, aku mesti kena breakfast....satu kewajipan buat aku....sebab mak mertua aku memang menekankan breakfast sebagai sajian utama keluarga dia...so aku belajar dari situ la...dari lempeng, cekodok, mee hun, nasi goreng, sampai la ke nasi berlauk, mesti akan ada makanan untuk sarapan...masa mula-mula kawin, aku tak biasa lagi...sampaikan suami aku kata "rajin-rajin la tolong mak kat dapur pagi2" atau "cepat la siap tu, boleh tolong mak buat sarapan pulak"...hahaha aku pulak yang malu....tapi sekarang ni, fuh...cakap je nak makan apa, semua aku leh google...hehe... 


Sumber : Google


selain breakfast, lunch, tea time, dinner dan supper (kalau suami aku lapar tengah2 malam time midnight movie) pun ada...

2. Masa bersiap a.k.a mekap

Sebelum kawin : Adoi, yang ni memang aku ngaku la, aku memang selembab-lembab alam....mula-mula aku akan pakai mekap selama 2 1/2 jam, then aku lilit dan lilit dan lilit dan lilit selendang aku....itu pun makan masa sampai 1 jam.... tak kira lagi bila tak kena gaya, bukak balik, lilit dan lilit lagi...dan belum masuk lagi berapa kali aku tukar baju....kalau kelas start pukul 10, pukul 7/8 aku kena start siap2 dah...kawan2 kelas aku tau la betapa lambatnya aku....seksa menunggu aku je...bila dah siap, aku pandang diorang2 yang dah lama tunggu ni then kata "ish, cepat la korang ni, tunggu apa lagi?" wakakaka...

Sumber : Google

Sumber : Google


Selepas kawin : Suami aku tahu jugak perangai siput sedut aku tu....so dia macam cacing kepanasan dok tunggu bini dia bersiap...kalau gi jalan-jalan, dia siap suh aku gi solat dulu, sebab aku ni siap lembab....kalau kat rumah, dia suh aku mandi dulu....sebabnya sama...hehehe ada sekali tu, suami aku cakap "kalau saya mandi, pakai baju, sikat rambut, start enjin kereta, gi shopping, balik rumah semula, awak gerenti tak siap lagi"...kurang asam punya laki.... T.T ... so aku kononnya nak proof la kat dia yang aku ni boleh siap cepat....satu hari, aku pun kira la masa start aku mekap, sampai la ke lilitan terakhir selendang aku....boleh la tahan....ada la dalam 1/2 jam gitu....wahahaha...

3. Aktiviti memasak

Sebelum kawin : Dulu masa aku bujang, aku bukanlah tak reti langsung memasak, tapi banyak benda aku xpernah cuba dan malas nak mencuba...ada sekali tu suami aku (sebelum jadi suami) nak datang rumah aku...then dia kata cer buat cream puff, sebab dia ni memang gila ngan menda alah tu...so aku dengan hati waja dan solehahnya gi la buat....memang tak naik, dok lembik gitu....memang tak sedap la kan....buruk je, aku tengok pun takde hati....so dia masa first time bertentang mata ngan cream puff kuyu aku tu dah berkerut..dalam hati mesti kata "what the h*ll  is that??".....hahahha...siapa suh mintak kan...

Sumber : Google


Selepas kawin : Bila dah kawin ni, aku hari2 tanya suami aku, "abe nak makan apa? cakap je, bia saya google"...memang google sungguh kalau aku tak pernah masak...sekarang ni aku memang suka memasak...lebih2 lagi kalau memasak untuk suami aku...masa dia suap makanan kat mulut dia, aku akan tanya "sedap tak?"...aku mesti tanya...wajib tanya....pastu masa tengok dia suap, tengok sekali reaksi muka dia....kalau dia senyum tu, aku pun turut senyum... :) tapi kalau dia kata "kurang masin la.." aku akan balas "memang nak bagi kurang masin, nak bagi abe sihat sokmo..." hihihi...

4. Double room service

Sebelum kawin : Uhh...masa aku anak dara dulu memang aku ni seorang yang suka berkemas...bukan nak puji diri sendiri, tapi aku tak boleh kalau nampak something yang menyakitkan mata, tak kemas ke pe...tapi just bahagian aku je la aku rajin kemas...bilik orang lain ke, bahagian orang lain ke (contohnya kalau dok satu bilik ngan orang lain) memang aku tak layan...hehehe kalau korang datang bilik aku especially time exam, bertambah2 kemas bilik aku...sebab pe? sebab aku lebih rajin mengemas daripada baca buku....huhuhu

ni bukan bilik aku...hehehe.  Sumber : google


Selepas kawin : Aku akan mengemas dan mengemas dua kali ganda teruk dari sebelum aku kawin...sebab bila dah kawin, bantal sebijik dah jadi double, baju selonggok dah jadi berlonggok2....nak2 bilik aku ngan suami aku tu memang kiut sangat saiznya (don't get the wrong idea, i LOVE my room now)...so aku ngan usahasama dari suami aku, mesti akan mngemas...mula2 suami aku layankan aje aktiviti mengemas aku tu...lepas2 tu dia dah mula pelik ngan perangai aku...asik nak mengemas je....bila aku cakap "tolong la sikit isteri ni kemas bilik ni, saya penat tau"...pastu suami aku jawab "dah tu kalau penat tak payah la kemas..semalam dah kemas dah"....pastu aku jawab "tak nak! nak kemas jugak...sakit mata ni..." gila sungguh....

5. Basuh Kain

Sebelum kawin : Masa aku duduk asrama, aku memang suka basuh kain...setiap kali lepas mandi, aku akan basuh kain yang aku pakai sebelum tu...guna tangan pulak tu...hehehe...sememangnya tangan aku dah kasar, so tak payah la nak jaga tangan sangat.....

Sumber : Google


Selepas kawin : Sekarang ni, aku akan basuh kain 3/4 kali seminggu je...sebab basuh mesin ni kena penuhkan mesin....walaupun jarang2 dah membasuh, suami aku tetap kata aku ni suka basuh baju yang masih elok...suami aku ni pulak perangai suka pakai seluar hawaii ksayangan dia yang pendek takat bawah lutut tu (kalau boleh tiap2 ari nak pakai)...bila aku cakap tengah basuh, dia kata "tak payah la basuh, baru pakai dua kali"...oh my...no way la aku nak bagi dia pakai banyak kali!!

Sumber : Google


so amacam? best tak story aku? hehehe walaupun banyak lagi yang aku nak kongsikan, mesti korang malas nak baca, so aku pun malas nak tulis pepanjang....huhuhu....just so you know, marriage is a blessing that came from Allah...cherish it with all your heart....Insyaallah akan berkekalan hingga ke syurgaNya....

sesiapa yang dah berkahwin, yang baru berkahwin, dan yang bakal berkahwin, aku ucapkan semoga kebahagiaan kamu semua berkekalan hingga ke syurgaNya....isteri2 perlu menjaga hati, makan, pakai, dari hujung rambut sampai hujung kaki suami....wajib...dan suami pula perlu menggembirakan hati isteri...zahir dan batin....dan aku yang sedang menaip ni sangat2 bersyukur dapat suami yang memahami perangai aku yang macam ape tah ni.... Love u :)

2 ulasan: